Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pemenang kempen keusahawanan dirai

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Bagi menghargai para pelanggan dalam meniti dunia keusahawanan meski pun berdepan dengan cabaran krisis kesihatan, Syarikat Little Ummi telah mengadakan Kempen Unjuk dan Jawat 2021 dengan majlis penyampaian hadiah utama berlangsung di bilik pameran syarikat berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada tiga pemenang utama ialah ahli lembaga penasihat syarikat, Hajah Malai Rahmah binti Haji Sheikh Yahya.

    Haji Muhammad Shahrul Nizzam bin Umar terpilih sebagai pemenang utama dan memenangi sebuah iPhone 13 Pro, manakala itu, Hajah Latifah binti Haji Yahya dan Hajah Nur Roudhahtulqiyah binti Haji Isa memenangi tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing menerima satu bidang kain Sukma Indera dan satu bidang kain Silubang Bangsi.

    Pengurus syarikat, Hajah Nooraidah binti Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad mengongsikan bahawa sebanyak 109 jenis hadiah telah disediakan sepanjang kempen yang bermula awal Januari 2021 sehingga awal Januari lalu.

    “Insya-Allah perancangan bagi 2022, kami akan menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk menaikkan prestasi syarikat serta mempamerkan keunikan dan kehalusan karya seni tenunan Brunei ke persada masyarakat global di samping memelihara, mengekal dan mempertahankan tradisi warisan budaya Brunei seiring dengan arus kemodenan,” ujarnya lagi.

    Hajah Nooraidah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang bertuah bagi Kempen Unjuk dan Jawat 2021 yang berlangsung di bilik pameran syarikat baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...