Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pemuda AS koma disengat 20,000 lebah

    WASHINGTON, 1 SEPT – Seorang pemuda di Ohio, Amerika Syarikat (AS) bergantung pada mesin sokongan hayat selepas disengat lebah beribu kali, menurut keluarganya dan media tempatan.

    Austin Bellamy, 20, berada dalam keadaan koma atas rawatan perubatan setelah beliau secara tidak sengaja memotong sarang lebah ketika membantu melakukan kerja berkait pokok untuk rakannya dikenali sebagai Fox, 19.

    “Bellamy sedang dirawat di hospital menggunakan ventilator,” kata ibunya Shawna Carter pada laman kutipan derma secara dalam talian yang dilancarkannya untuk membiayai kos perubatan mangsa.

    Pada Jumaat lalu, Bellamy memotong dahan pokok limau apabila dia secara tidak sengaja terpotong sarang lebah pembunuh Afrika dan disengat lebih daripada 20,000 kali, menurut kenyataan pengumpul dana Carter.

    Ketika kejadian berlaku, keluarganya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu menyelamatkan Bellamy yang terperangkap di atas pokok, kerana mereka turut diserang lebah berkenaan. Carter yang tidak berada di tempat kejadian, pengsan sebaik saja diberitahu mengenai insiden itu melalui panggilan telefon. Malah, beliau berkata, mangsa turut tertelan kira-kira 30 lebah yang menyaksikan doktor mengambil masa lebih daripada sehari untuk menyedutnya keluar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...