Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pengakap Kelana UNISSA semarak Nisfu Syaaban

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Pasukan Pengakap Kelana 1102 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) turut tidak ketinggalan bersama seluruh umat Islam dalam meraih keberkatan malam nisfu Syaaban dengan majlis sambutan secara dalam talian.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah jurulatih Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA. Turut hadir ialah beberapa orang pesuruhjaya pengakap, pemimpin pasukan pengakap, ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA dan ahli-ahli dari beberapa buah pasukan Pengakap Kelana yang lain.

    Sambutan itu bertujuan untuk menggalakkan ahli-ahli Pengakap Kelana UNISSA untuk meningkatkan amal ibadah mereka, selain memohon keampunan dan keredaan Allah SWT pada malam nisfu Syaaban iaitu malam yang penuh keberkatan bagi umat Islam.

    Acara berkenaan diisi dengan bacaan Surah Yasin tiga kali selepas sembahyang fardu Maghrib di kediaman masing-masing, dengan memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan umur dengan beramal ibadat kepadaNya serta memohon supaya dijauhkan daripada bala bencana dan dimurahkan rezeki yang halal lagi bermanfaat serta memohon kejayaan dalam menghadapi peperiksaan akhir semester.

    Antara ahli pengakap yang menyertai majlis sambutan malam nisfu Syaaban yang diadakan secara dalam talian. – Gambar serahan Pengakap Kelana UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...