Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pengalaman manis terpahat selamanya

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 26 JULAI – Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong, pagi tadi, berlangsung penuh meriah dengan persembahan khas warna-warni daripada pelbagai agensi serta peringkat umur.

    Bagi para peserta persembahan, kenangan membuat persembahan buat raja kesayangan rakyat sudah semestinya menjadi suatu detik yang indah.

    Salah seorang peserta yang terlibat, Dayang Viviy Shahirah binti Girrah yang merupakan pelajar Tahun 9 Science 2 di Sekolah Menengah Tanjong Maya mengongsikan perasaan teruja dan gementar apabila mengadakan persembahan di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia buat pertama kalinya.

    “Saya berasa gembira dan pada masa yang sama gementar semasa membuat persembahan pada pagi tadi.

    “Kalau diberikan peluang lagi, saya pasti akan menyertainya,” tambahnya.

    Seorang lagi peserta, Dayang Suzanna binti Haji Maidin yang juga dikenali sebagai Suzan Maidin melahirkan perasaan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi wakil sebagai penyanyi dalam persembahan khas berkenaan.

    “Ia merupakan kali kelima bagi diri saya sendiri untuk terlibat sebagai seorang penyanyi dalam persembahan khas pada majlis yang sama.

    “Alhamdulillah setelah dua bulan lebih melakukan latihan, kami bersyukur kesemua persembahan pada hari ini berjalan dengan lancar,” ujarnya.

    Pada masa yang sama Dayang Suzan turut mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia kekal karar memerintah negara dan semoga sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan.

    Dayang Suzanna berbesar hati kerana menjadi wakil untuk mengadakan persembahan.
    Dayang Viviy Shahirah (tengah) mengongsikan perasaan teruja dan gementar semasa membuat persembahan buat kali pertama.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...