Wednesday, May 1, 2024
30.7 C
Brunei

    -

    Penganjur konsert Coldplay akan dipanggil

    KUCHING, 19 MEI – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penganjur konsert Coldplay yang diadakan pada November depan bagi memahami sistem serta proses penjualan tiket mereka.

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ini susulan rungutan orang ramai yang sukar mendapatkan tiket akibat ‘ulat tiket’ yang membeli dengan kuantiti banyak.

    Katanya, perjumpaan itu juga akan membincangkan mengenai langkah-langkah boleh diambil penganjur agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

    “Antara perkara yang mungkin akan kita teliti ialah cara tiket itu dibeli sama ada perlu ada sekatan atau pun syarat-syarat tertentu dikenakan kepada penganjur.

    “Kita juga sedang teliti peruntukan undang-undang yang ada sekiranya perlu kita ambil tindakan,” katanya. 

    Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini. – Bernama

    Peminat Coldplay menunjukkan tiket jualan balik konsert kumpulan rock British itu di aplikasi Carousell kepada rakannya semasa tinjauan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...