Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Peniaga online perlu papar harga jualan

    Sudah menjadi lumrah pada era global yang penuh kemodenan ini, perniagaan dalam talian sudah semakin meningkat bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.

    Daripada jualan makanan sehinggalah barang keperluan, semuanya saling bersaing untuk mendapatkan pelanggan.

    Namun sesetengah penjual ini ada yang takut persaingan dalam perniagaan mereka sehingga menyukarkan para pembeli untuk memilih barang yang hendak dibeli.

    Sebagai contoh, kebanyakan penjual takut memaparkan harga jualan mereka sehingga memerlukan para pembeli untuk menghantar pesanan secara privasi.

    Namun kenapa peniaga berbuat demikian? Adakah takut persaingan dengan peniaga lain? Walhal kita sudah mengetahui itulah adat jual beli, di mana persaingan sihat perlu ada dalam perniagaan, namun kita sepatutnya ingat bahawa bagaimana sekalipun cara kita menjual sama ada dengan harga lebih murah, kualiti barang lebih baik dan sebagainya, yakinlah dengan rezeki dikurniakan Allah SWT.

    Sesetengah penjual online ini, apabila ditanya harga sahaja sudah menganggap pembeli sudah sah membeli barangan tersebut, padahal pembeli baru bertanyakan harga dan ada yang lebih teruk lagi, si penjual pula memaki pembeli.

    Jika difikirkan, setiap penjual tidak kira kedai mahupun dalam talian perlu memaparkan harga jualan bagi memudahkan para pembeli, sekali gus boleh mengelakkan perkara yang tidak diingini.

    Pembeli

    Kebanyakan penjual takut memaparkan harga jualan mereka sehingga memerlukan para pembeli untuk menghantar pesanan secara privasi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...