Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Peningkatan kemarau, padang pasir dunia membimbangkan

    MADRID, 17 JUN – Ahli politik dan pakar mengadakan pertemuan di Madrid kelmarin bagi membincangkan cara menangani kemarau dan peningkatan perluasan padang pasir di seluruh dunia.

    “Kesan kemarau boleh menjejaskan sehingga tiga perempat manusia menjelang 2050. Tiada tempat untuk bersembunyi jika kita tidak mampu atau tidak mahu mengelak perubahan teruk yang kita lakukan di bumi ini,” menurut kenyataan setiausaha eksekutif Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Menangani Desertifikasi (UNCCD), Ibrahim Thiaw, pada pembukaan mesyuarat berkenaan.

    Pertemuan setengah hari itu juga diadakan bagi menandakan Hari Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Memerangi Desertifikasi dan Kemarau.

    Thiaw berkata, separuh daripada penduduk dunia dijangka menghadapi masalah kekurangan air yang teruk dalam tempoh lapan tahun akan datang, sambil menambah bahawa perkara itu boleh menyebabkan seramai 700 juta orang atau kira-kira 10 peratus daripada penduduk dunia berisiko akan kehilangan tempat tinggal dalam tempoh tersebut.

    Mesyuarat itu menghimpunkan ramai pakar, termasuk pengasas Inisiatif PaTree dari Kenya, Patricia Kombo, yang membantu Kenya mencapai 10 peratus liputan hutan dengan mendorong pelajar untuk menanam pokok.

    “Saya tahu majoriti daripada awda tidak pernah mengalami kemarau,” kata Kombo. “Tetapi saya ingin memberitahu awda bagaimana keadaan kemarau. Air minuman yang bersih dan selamat ibarat berlian. Makanan tiga kali sehari menjadi rebutan ramai.”

    Beliau juga berkata, masyarakat telah memberontak dengan melakukan keganasan disebabkan kekurangan bekalan makanan dan air.

    Manakala itu, UNCCD juga mengatakan bahawa antara 1900 hingga 2019, kemarau telah memberi kesan kepada 2.7 bilion orang di dunia dan menyebabkan 11.7 juta kematian. – AP

    Seorang ibu membantu anaknya yang kekurangan zat makanan berdiri selepas rebah berhampiran pondok mereka di kampung Lomoputh di utara Kenya. Keadaan kemarau dan padang pasir akan meningkat di dunia dan menyebabkan 10 peratus penduduk dunia berisiko. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...