Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara stesen minyak bagi Disember

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Beberapa buah stesen minyak dijadualkan ditutup sementara bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian ke atas alat sukatan untuk pam minyak bagi Disember kelak.

    Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi menyatakan akan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak.

    Menurut Unit SDT, langkah berkenaan adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 15, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan.

    Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian berkenaan, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula pukul 9 pagi hingga selesai, yang mana anggaran pelaksanaannya sekitar dua jam.

    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan tiga kali setahun.

    Sehubungan itu, jadual penutupan sementara stesen-stesen minyak bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan pada Disember ialah 7 Disember di Stesen Minyak Tasamul Lumapas, 8 Disember di Stesen Minyak TAIB Beribi, 10 Disember di Stesen Minyak Pengalayan, 12 Disember di Stesen Minyak Badan Tanmiah dan 13 Disember di Stesen Minyak Kampung Tanjong Nangka (Satenaga), di Daerah Brunei dan Muara.

    Sementara itu pada 19 Disember di Stesen Minyak PHA Bakar bin Jambol, Daerah Tutong, 21 Disember di Stesen Minyak Sungai Bakong Lumut serta 27 Disember di Stesen Minyak Koperasi Peladang, Daerah Belait.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...