Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Penyampaian hadiah bagi pertandingan sempena HK, Israk Mikraj

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-38 tahun dan Israk Mikraj bagi tahun 1443 Hijrah secara maya, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan, pensyarah-pensyarah, kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh mahasiswa Tahun 2, Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama, Awang Ahmad Zulhakim bin Abu Bakar. Majlis dilanjutkan dengan bacaan Asmaul Husna dan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah peliharakan Sultan’ beramai-ramai.

    Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh pengerusi majlis, mahasiswa Tahun 2, Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama, Awang Muhd Nursyazwi Zawawi bin Shahri, Kemudian majlis diteruskan dengan ulasan dan pengumuman pemenang daripada hakim Musabaqah Menghafaz Al-Quran yang disampaikan oleh Pegawai Pelajaran, KUPU SB, Awang Mohamed Noor bin Haji Ibrahim dan hakim Pertandingan Mereka Bentuk Baju dan Pertandingan Filem Pendek yang disampaikan oleh Pegawai Kerohanian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, KUPU SB, Awang Ali Omar Saifuddien bin Haji Ali Amat.

    Pertandingan Musabaqah Menghafaz Al-Quran dimenangi oleh mahasiswa Tahun 1, Program Sarjana Muda Perguruan Ugama, Awang Mohd Syariff Wafiuddin bin Jemain. Manakala johan Pertandingan Mereka Bentuk Baju dimenangi oleh mahasiswa Tahun 4, Program Sarjana Muda Perguruan Ugama, Awang Ahmad Naufal Azizi bin Mohd Norisham dan Pertandingan Filem Pendek dengan tema ‘Berbakti Kepada Negara’ yang dihasilkan oleh mahasiswa Tahun 3, Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Awang Muslim bin Mahadi menjuarai kategori tersebut.

    Tetamu kehormat majlis, warga KUPU SB dan pemenang yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB semasa majlis penyampaian hadiah tersebut yang diadakan secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...