Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Perancis, UAE bincang isu bekalan diesel

    PARIS, 18 JULAI – Presiden Perancis Emmanuel Macron menghoskan perbincangan bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan di Paris hari ini, dengan agenda utama menyentuh tentang isu bekalan minyak diesel.

    UAE telah menjadi rakan kongsi yang penting bagi negara-negara barat ketika mereka bergelut untuk mendapatkan bekalan tenaga di seluruh dunia kerana tidak ingin bergantung pada bekalan tenaga daripada Rusia.

    Sheikh Mohamed yang juga dikenali sebagai MBZ, dalam lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan presiden pada Mei lalu berikutan kematian abang tirinya.

    Selain itu, lawatan berkenaan dijangka diakhiri dengan pengumuman jaminan yang diberikan oleh UAE mengenai kuantiti bekalan hidrokarbon ke Perancis,” menurut pengumuman pejabat Macron sebelum membuat lawatan tersebut.

    Perjanjian itu khususnya mengenai bekalan diesel, yang pada masa ini tidak dibekalkan oleh UAE.

    Presiden Sheikh Mohamed dan Presiden Emmanuel Macron semasa menghadiri makan tengah hari di istana presiden Elysee di Paris. – AFP

    “Perancis ingin mempelbagaikan sumber bekalannya dalam konteks konflik yang berlaku di Ukraine,” kata sumber Elysee, merujuk kepada sekatan EU terhadap minyak Rusia.

    Keputusan Sheikh Mohamed dalam membuat lawatan rasmi pertama ke Perancis adalah kerana hubungan dua hala antara Perancis dan UAE sejak dahulu lagi tetapi juga berpotensi untuk bekerjasama dan pertumbuhan yang lebih besar dengan Perancis, kata penasihat diplomatik, Anwar Gargash pada Jumaat lalu.

    “UAE berazam untuk kekal sebagai rakan kongsi dan sumber bekalan tenaga yang boleh dipercayai,” tambahnya. “Kami telah menjual hasil minyak kepada negara timur selama 40 tahun dan sekarang kami membekalkannya kepada Eropah dalam masa krisis ini.”

    Lawatan presiden UAE ke Perancis adalah selepas Presiden AS Joe Biden membuat lawatannya ke Timur Tengah, termasuk ke Arab Saudi untuk perbincangan isu tenaga.

    Macron dan Biden pernah berbincang mengenai bekalan tenaga dari Timur Tengah pada sidang kemuncak G7 pada akhir Jun di Jerman. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...