Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Perez raih petak utama GP Arab Saudi

    JEDDAH, 27 MAC – Sergio Perez meraih petak utama pertamanya selepas 215 percubaan apabila pemandu Mexico itu mengatasi rakan sepasukan Red Bull dan juara dunia Max Verstappen pada sesi kelayakan Grand Prix Arab Saudi.

    Pemandu Ferrari Charles Leclerc menyertai Perez di barisan depan dengan Verstappen di barisan kedua selepas muncul keempat terpantas di belakang seorang lagi pemandu Ferrari Carlos Sainz.

    Sesi kelayakan semalam dibayangi kemalangan Mick Schumacher, yang tidak dapat berlumba hari ini, dan kegagalan Lewis Hamilton melepasi sesi Q1 buat pertama kali sejak tahun 2017.

    “Saya terpaksa mengharungi beberapa perlumbaan! Tetapi ia pusingan yang luar biasa, sukar dipercayai,” kata Perez, pemandu Mexico pertama meraih petak utama Formula Satu (F1).

    Ketika Q2, Schumacher dikejarkan ke hospital selepas keretanya terbabas dan melanggar penghadang litar jalan raya Jeddah.

    Anak kepada legenda F1 Jerman Michael Schumacher itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan namun dia tidak akan berlumba hari ini.

    “Hai semua, saya hanya ingin katakan yang saya tidak apa-apa. Terima kasih di atas ucapan awda. Jentera sangat bagus @HaasF1Team, kita akan kembali lebih kuat,” kata Schumacher, 23.

    Juara dunia tujuh kali Hamilton yang mengumpul 103 petak utama sepanjang kariernya, akan memulakan perlumbaan dari petak ke-14.

    Pemandu Mercedes itu kecewa dengan prestasi jentera baharu yang tidak seimbang dan sukar dikawal. – AFP

    Cef Gordon Ramsay (kanan) menyampaikan anugerah Tempat Pertama kepada Sergio Perez sehari sebelum Grand Prix Arab Saudi 2022 di Litar Corniche Jeddah pada 26 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...