Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    ‘Permata Hijau’ menjunjung kasih

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    TEMBURONG, 19 JULAI – Penduduk Daerah Temburong hari ini, bersama-sama keluar dan berkumpul dari awal pagi lagi dengan penuh semangat perpaduan untuk menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong.

    Majlis merafakkan junjung kasih dan taat setia itu berlangsung di Padang Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong.

    Berangkat bersama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

    Majlis ramah mesra bersama rakyat di Daerah Temburong yang dikenali juga sebagai ‘Permata Hijau’ itu adalah yang pertama menandakan bermulanya majlis junjung ziarah bersama rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-76 tahun bagi keempat-empat daerah.

    Keberangkatan Baginda Sultan dan kerabat diraja ke Pentas Diraja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta para pegawai kanan kerajaan yang lain diiringi dengan pukulan hadrah sebelum lagu kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan dimainkan.

    Baginda Sultan berserta kerabat diraja kemudian dijunjung untuk menyaksikan persembahan padang khas yang berkonsepkan teater muzikal daripada kumpulan belia remaja dan kanak-kanak yang ceria, bertenaga dan penuh warna-warni.

    Baginda Sultan berserta kerabat diraja seterusnya dijunjung berangkat menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk Daerah Temburong.

    Pada majlis tersebut, Baginda Sultan juga berkenan menyaksikan beberapa pameran antaranya pameran Jalinan Kelupis Terpanjang yang mencatat rekod Brunei.

    Majlis itu merupakan salah satu acara yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat dan penduduk daerah tersebut sebagai peluang untuk beramah mesra bersama raja dan pemimpin yang amat dikasihi.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan dijunjung bergambar ramai bersama penduduk Daerah Temburong. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
    Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ke Daerah Temburong. – Gambar oleh Infofoto
    Baginda Sultan berkenan dijunjung bagi memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-76. Turut berangkat DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah semasa berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah hari di Daerah Temburong.
    ATAS & BAWAH: Baginda Sultan bersama paduka-paduka anakanda berkenan beramah mesra bersama penduduk Daerah Temburong.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan dijunjung berangkat beramah mesra bersama warga Daerah Temburong.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...