Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Permohonan pembaharuan pasport berjalan seperti biasa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Sejak pembukaan peluang untuk keluar dan masuk ke negara ini, permohonan pembaharuan pasport di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) berjalan seperti biasa.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berkata sedemikian ketika menjawab persoalan mengenai respons terhadap pembaharuan pasport sejak penerbangan dibuka kepada orang ramai bermula 1 April lalu, pada sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Pehin menjelaskan, dari 1 hingga 21 April, sebanyak 350 ke 400 permohonan diterima, yang mana jumlah ini dikira bilangan biasa di mana tidak ada peningkatan dan mungkin disebabkan ramai yang belum bercadang untuk keluar negara, walaupun cuti persekolahan sudah bermula.

    Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai supaya memeriksa kembali pasport mereka kerana ditakuti ada yang telah mansuh dan ia perlu diperbaharui bagi memudahkan jika ada berlaku kecemasan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...