Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Persidangan ketengah program pendidikan kanak-kanak

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Hasil penyelidikan, amalan terbaik, pemboleh utama dan inovasi yang dilaksanakan ke arah peningkatan dasar serta program penjagaan dan pendidikan kanak-kanak yang berkualiti diketengahkan semasa Persidangan Dunia Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak ke-2 yang diadakan di Tashkent, Republik Uzbekis-tan pada 14 hingga 16 November.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, hari ini, Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh semasa persidangan berkenaan.

    Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.

    Persidangan itu dianjurkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Prasekolah, Uzbekistan.

    Kira-kira 70 orang menteri pendidikan dan 2,500 orang peserta dari lebih daripada 150 buah negara telah menghadiri persidangan berkenaan.

    Presiden Republik Uzbekistan, Tuan Yang Terutama Shavkat Miziyoyev dalam ucapan alu-aluannya menekankan keperluan menyatukan usaha dalam meningkatkan kerjasama antarabangsa ke arah pembentukan penyelesaian bersama dan pendekatan sistemik bagi penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE).

    Beliau turut mengongsi pihak Uzbekistan meletakkan kepentingan yang sangat tinggi kepada penjagaan serta sokongan praktikal untuk golongan muda dan kanak-kanak agar mereka menjadi generasi yang sihat dan matang dari segi kerohanian.

    Persidangan itu juga mengenal pasti peluang, membentuk dan membuat persetujuan tentang bidang-bidang utama dan strategi dalam mempercepatkan kemajuan serta meningkatkan pelaburan dalam ECCE di pihak kerajaan dan rakan kongsi.

    Selain itu, persidangan turut menyaksikan pengesahan Rangka Kerja Tashkent untuk Tindakan yang mengandungi prinsip utama ke arah transformasi ECCE berdasarkan hasil daripada perundingan-perundingan yang diadakan di peringkat serantau dan penemuan-penemuan daripada pelbagai rundingan semasa Persidangan Dunia mengenai dengan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah bergambar ramai bersama rombongan semasa menghadiri Persidangan Dunia Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak ke-2, baru-baru ini. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...