Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Pesawat C295MW tiba di Brunei Januari 2024

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Kementerian Pertahanan telah menandatangani sijil penerimaan Customer Acceptance Test (CAT) pesawat C295MW pertama di bawah perjanjian Projek Pesawat Angkut dengan majlis penandatanganan berkenaan berlangsung di Airbus Defence and Space San Pablo, Seville, Sepanyol pada 19 September.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, Kementerian Pertahanan menyatakan penandatanganan bagi pihak kementerian berkenaan ialah 830 Mejar (U) Arif Shamirul bin Salleh selaku Ketua Resident Project Office bagi projek berkenaan manakala pihak Airbus

    Defence and Space SAU telah diwakili oleh Pengurus Projek, Pablo Alvaro Ramos Ruiz.
    Kunci pesawat juga telah diserahkan kepada Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB),

    Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim sebagai tanda memperingati majlis berkenaan.

    Majlis penandatanganan itu turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan serta ahli-ahli pasukan penerimaan pesawat dari TUDB.

    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bergambar ramai di hadapan pesawat C295MW semasa majlis penandatanganan sijil penerimaan CAT di Airbus Defence and Space San Pablo, Seville, Sepanyol. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif menerima kunci pesawat berkenaan sebagai tanda memperingati majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    830 Mejar (U) Arif Shamirul dan Pablo Alvaro Ramos Ruiz menandatangani perjanjian dengan disaksikan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    CAT adalah sebahagian daripada proses penerimaan yang perlu dilaksanakan sebelum pesawat diterbangkan ke Negara Brunei Darussalam untuk penghantaran pada Januari 2024.

    Setelah tiba di Brunei, Site Acceptance Test akan dijalankan sebelum pertukaran hak milik pesawat kepada Kementerian Pertahanan. Penandatanganan itu adalah yang pertama daripada dua buah pesawat yang akan diterima dalam waktu terdekat dengan pesawat kedua dijadualkan untuk menjalani CAT pada Januari 2024 di Seville, Sepanyol.

    Kedua-dua pesawat berkenaan dijadualkan untuk diterbangkan dan dihantar pada masa yang sama ke Negara Brunei Darussalam pada Januari 2024.

    Perjanjian projek Air Transport telah ditandatangani antara Kementerian Pertahanan bagi pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Airbus Defence and Space SAU pada 2 Disember 2022 bagi perolehan empat buah pesawat angkut C295MW untuk menggantikan pesawat CN235-110M TUDB yang sudah usang serta berupaya untuk melaksanakan pelbagai misi termasuk operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR), MEDEVAC (Medical Evacuations), NEO (Non-combatant evacuation operations) dan SAR (Operasi Mencari dan
    Menyelamat).

    Pesawat berkenaan juga boleh dikonfigurasikan untuk melaksanakan pelbagai peranan seperti pengangkutan anggota dan kargo, pengangkutan VIP, freefall, airborne static jumps dan cargo drops.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...