Saturday, April 27, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Pesta buku terbesar dunia bermula di Frankfurt

    FRANKFURT, 19 OKT – Pesta Buku Frankfurt ke-74, pesta terbesar seumpamanya di dunia yang melibatkan lebih 2,000 acara dibuka di sini kelmarin.

    Pesta buku itu dijangka menarik kira-kira 4,000 peserta pameran dari 95 negara dan wilayah. Lebih 110 pempamer dari tanah besar China mengambil bahagian, menurut katalog pesta buku itu, lapor Xinhua.

    Penganjur mahu menjadikan pesta buku terbesar di dunia itu sebagai tempat wacana dan kebersamaan ketika masa krisis dan ketidakstabilan selain “kehadiran ke pesta berkenaan membantu menentang polarisasi”, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pesta Buku Frankfurt, Juergen Boos. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan pelawat berjalan di pintu masuk Pesta Buku Frankfurt ke-23 di tapak pameran Messe di Frankfurt am Main, barat Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...