Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    PJSC agih sumbangan untuk 23 pesakit

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PJSC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat tahunannya, Jawatan-kuasa Hospital Mesra Ibadah dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) telah bersama-sama menganjurkan kegiatan derma amal Ramadan, hari ini.

    Kira-kira 60 orang sukarelawan yang terdiri daripada pengurusan kanan, ketua-ketua jabatan, profesional penjagaan kesihatan dan kakitangan mengambil bahagian dalam kegiatan derma amal itu di mana mereka dibahagikan kepada empat buah kumpulan mengagihkan sumbangan kepada pesakit-pesakit di bawah penjagaan Jabatan Kerja Sosial Perubatan, di seluruh negara.

    Turut hadir untuk menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengarah Eksekutif PJSC, Dr Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar serta ahli-ahli pengurusan kanan yang lain.

    Kegiatan derma amal itu bermatlamat untuk memberikan barangan keperluan kepada para pesakit dan ahli keluarga mereka bagi bulan Ramadan serta sebagai persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Pada tahun ini, seramai 23 orang pesakit di bawah Jabatan Kerja Sosial Perubatan menerima sumbangan dengan penyumbang korporat yang menyumbang kepada program berkenaan turut serta dalam pengagihannya seperti Menara EE Sdn Bhd dan T.L.T Enterprise.

    Dr Haji Mazrul Adimin mengetuai kumpulan A yang mengagihkan sumbangan kepada pesakit di Daerah Brunei dan Muara.
    Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Bun Pei Ling mengetuai kumpulan B ke Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...