Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    PM Jepun desak pulih tenaga nuklear

    TOKYO, 24 OGOS – Perdana menteri Jepun hari ini mendesak untuk memulihkan industri tenaga nuklear negara itu dalam usaha menangani kos tenaga import yang melambung tinggi yang dikaitkan dengan perang di Ukraine.

    Tindakan sedemikian boleh menjadi kontroversi, selepas bencana Fukushima 2011 membawa kepada penggantungan banyak reaktor nuklear atas kebimbangan keselamatan.

    Seperti kebanyakan negara, Jepun – yang menyasarkan untuk menjadi neutral karbon menjelang 2050 – berdepan tekanan pada bekalan tenaganya sejak tentera Rusia memasuki Ukraine enam bulan lalu.

    Negara itu juga dilanda suhu yang memecah rekod musim panas ini, dengan penduduk diminta untuk menjimatkan kuasa seboleh yang mungkin.

    “Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah banyak mengubah landskap tenaga dunia” dan oleh itu “Jepun perlu mengambil kira potensi senario krisis”, kata Perdana Menteri Fumio Kishida pada mesyuarat dasar tenaga.

    Jepun perlu mempertimbangkan untuk membina reaktor nuklear generasi akan datang, katanya, manakala kerajaan akan membincangkan membawa lebih banyak loji nuklear beroperasi dan memanjangkan hayat perkhidmatan reaktor jika keselamatan dapat dijamin.

    “Selain memastikan 10 reaktor sudah kembali beroperasi, kerajaan akan menerajui usaha untuk melakukan semua yang diperlukan bago merealisasikan permulaan semula” loji lain dengan keselamatan yang diluluskan, kata Kishida yang menggesa penyelesaian konkrit pada hujung tahun ini. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Fumio Kishida semasa bercakap di kediaman rasmi di Tokyo pada 10 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...