Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    PM Thailand enggan akur desakan letak jawatan

    BANGKOK, 18 FEB – Perdana Menteri Thailand Prayut Chan o-cha berkata beliau tidak berhasrat meletak jawatan meskipun anggota Parlimen pembangkang mendesaknya supaya berundur.

    Semalam, seorang ahli Parlimen pembangkang dari Chiang Mai, Tassanee Buranupakorn merangka surat peletakan jawatan bagi pihak Prayut yang menyatakan bahawa perdana menteri akan meletak jawatan kerana “beliau gagal mentadbir negara dalam semua aspek”.

    Surat peletakan jawatan yang dirangka itu dimuatnaik di Twitter pada Khamis malam.

    Semasa perbahasan Parlimen hari ini, Prayut mengulangi bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.

    “Semalam, ada usaha untuk meminta saya meletak jawatan, dengan menyerahkan surat peletakan jawatan.  Awda boleh menyimpannya untuk diri sendiri. Saya tidak akan berundur,” Thai PBS memetik Prayut sebagai berkata.

    Tahun lalu, Prayut, bekas panglima tentera yang merampas kuasa pada 2014, menghadapi tekanan yang semakin meningkat apabila penunjuk perasaan anti-kerajaan kembali ke jalanan menuntut beliau meletak jawatan kerana cara beliau mengendalikan krisis COVID-19 dan pelancaran vaksinasi.

    Sejak kembali sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum pada 2019, Prayut terselamat daripada sekurang-kurangnya tiga undi tidak percaya di parlimen. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...