Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pokok tumbang halang laluan jalan raya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Anggota bomba dan penyelamat bertindak pantas untuk memotong dan mengalihkan sepohon pokok getah yang tumbang dan menghalang laluan jalan raya dalam kejadian panggilan pokok tumbang di Kampung Lamaling, Jalan Selapon, Daerah Temburong pada lewat petang, 15 Ogos lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, empat orang anggota berserta sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ABKS 61 Jeludin bin Haji Hamdan telah dikerahkan ke lokasi kejadian pada pukul 5:33 petang.

    Apabila sampai di tempat panggilan, anggota bomba dan penyelamat mendapati pokok getah yang tumbang itu telah menghalang keseluruhan jalan raya utama.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memotong pokok sepanjang 20 meter dan garis pusat 20 sentimeter berkenaan menggunakan gergaji rantai dan mengalihkannya.

    Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir satu jam untuk memotong dan mengalih pokok tersebut di mana tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.

    JBP menyarankan orang ramai untuk memastikan pokok yang ditanam sentiasa dijaga, diawasi dan dipotong sebelum keadaan tidak terkawal, jangan meletakkan kereta mereka berdekatan dengan pokok-pokok besar kerana ditakuti berlaku perkara yang tidak diingini, mengelak daripada menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan mengamalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok berkenaan.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak pantas untuk memotong dan mengalihkan pokok tumbang di Kampung Lamaling, Jalan Selapon, Temburong pada lewat petang, 15 Ogos lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...