Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Polis Indonesia berkas guru dituduh perkosa 12 pelajar

    BANDUNG, 20 APRIL – Polis Indonesia telah memberkas seorang guru dituduh merogol sekurang-kurangnya 12 kanak-kanak dalam masa lima tahun kebelakangan ini, kata pegawai hari ini.

    Polis di pulau utama, Jawa memberkas suspek minggu lalu selepas ibu bapa seorang kanak-kanak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Lelaki berusia 39 tahun itu dituduh melakukan penganiayaan seksual ke atas para pelajar berusia antara 10 dan 11 tahun. Penganiayaan itu berlaku semasa sesi pembelajaran persendirian di bandar Tasikmalaya, menurut ketua polis tempatan, Kusworo Wibowo.

    “Mangsa terakhirnya hampir diperkosa namun dia melawan. Selepas itu, budak itu enggan belajar mengaji dengan guru tersebut, yang membuatkan ibu bapanya mengesyaki sesuatu,” kata Wibowo memberitahu AFP.

    Ibu bapanya mendapati penganiayaan ke atas anak lelaki mereka dan melaporkan perkara itu kepada polis. Menurut Wibowo, jumlah mangsa mungkin bertambah ketika penyiasatan diteruskan. Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan, tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...