Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Polis Thailand bantu kesan wanita Malaysia hilang

    KUALA LUMPUR, 7 JUN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan rakyat Malaysia, Chong Sum Yee, 22, yang hilang di Chiang Mai, Thailand sejak 1 Jun lepas.

    Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu daripada ibunya Chee Choy Wen pada 2 Jun lepas.

    “Usaha untuk mengesan mangsa sedang giat dijalankan oleh polis Thailand melalui bantuan Polis Antarabangsa, PDRM, pihak berkuasa Thailand dan Myanmar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Bernama semalam melaporkan Chong berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei dan melakukan perjalanan sejauh 250 kilometer ke daerah utara Mae Sai di wilayah Chiang Rai.

    Lokasi berkenaan berdekatan dengan bandar Tachilek di Myanmar, iaitu lokasi di mana kes-kes perdagangan manusia pernah dilaporkan. Kali terakhir Chong dihubungi keluarga adalah pada 1 Jun, 10:30 pagi (waktu tempatan).

    Ibu wanita berkenaan berkata anak perempuannya memberitahu bahawa dia berada di Thailand atas urusan kerja tetapi dinafikan majikannya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...