Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Popocatepetl muntah gas, abu

    SANTIAGO XALITZINTLA, MEXICO, 24 MEI – Sebuah gunung berapi di tenggara ibu negara Mexico memuntahkan lebih banyak gas dan abu ke langit semalam ketika pihak berkuasa mengekalkan tahap amaran mereka pada langkah di bawah amaran merah.

    Berpuluh-puluh tempat perlindungan telah dibuka berhampiran Popocatepetl terletak sekitar 70 kilometer dari Mexico City yang telah menyaksikan pelbagai tempoh peningkatan aktiviti sejak mula aktif pada 1994.

    Kerajaan memantau Popocatepetl ‘siang dan malam,’ kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador selepas gunung berapi itu mengadakan pertunjukan api lagi semalaman.

    Kira-kira 25 juta orang tinggal dalam radius 100 kilometer dari Popocatepetl, gunung berapi kedua tertinggi di Mexico, hampir 5,500 meter dari paras laut.

    Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan Mexico berkata semalam dalam tempoh 24 jam sebelumnya, 22 letusan wap air, gas gunung berapi dan abu gunung berapi telah dikesan, bersama dengan dua letupan.

    Peningkatan tahap amaran pada Ahad kepada ‘fasa tiga kuning’ berlaku sehari selepas dua lapangan terbang Mexico City menghentikan sementara operasi akibat abu yang jatuh.

    Tahap seterusnya, amaran merah, akan mendorong pemindahan mandatori dalam komuniti berhampiran gunung berapi, yang namanya bermaksud ‘gunung berasap’ dalam bahasa Nahuatl asli. – AFP

    Gunung berapi Popocatepetl memuntahkan abu dan asap seperti yang dilihat dari komuniti Santiago Xalitzintla, Puebla, Mexico, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...