Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    PPDB memperingati hari puja usia DPMM

    Oleh Adib Noor
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, kelmarin, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Puja Usia ke-48 yang dihoskan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Komandan Polis Wanita.

    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta kerabat diraja di Ibu Pejabat Polis, Gadong dijunjung oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Pada majlis itu, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menandatangani lembaran keberangkatan dan menyertai sesi bergambar ramai diikuti dengan upacara memotong kek hari puja usia. DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota juga berkenan menerima pesambah daripada pesuruhjaya Polis Diraja Brunei.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud serta Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berkenan berangkat ke majlis tersebut. Turut berangkat DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah serta YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan memotong kek hari puja usia. Turut berkenan menyaksikannya ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...