Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    PPDB serbu kegiatan tidak bermoral

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Seorang wanita yang dipercayai melibatkan diri dengan kegiatan tidak bermoral telah ditahan dalam serbuan yang dijalankan Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), hari ini.

    Serbuan petang tadi itu menyasarkan sebuah bilik tumpangan di kawasan Kampung Mulaut, menurut kenyataan yang PPDB.

    Suspek merupakan warga tempatan berumur 41 tahun dan tidak bekerja telah menginap di bilik penginapan itu sejak tiga hari lalu. Pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian turut menemui bahan-bahan bukti seperti telefon bimbit, wang tunai serta peralatan yang digunakan bagi penyalahgunaan dadah.

    Suspek segera dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi menjalani ujian saringan COVID-19 dan dimasukkan ke lokap Balai Polis Seria bagi menantikan keputusan ujian saringan sebelum siasatan lanjut dijalankan. Kenyataan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 294A kesalahan menawarkan khidmat seks, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 serta kesalahan memakan dadah terkawal, di bawah Seksyen 6(b) Akta Penyalahgunaan Dadah (APD), Penggal 27, memiliki alat-alat untuk menghisap dadah, di bawah Seksyen 7 APD, Penggal 27.

    Sehubungan itu, orang ramai agar dapat bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikannya ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta melalui e-mel dan laman sesawang PPDB www.police.gov.bn atau Instagram @upa.ppdb.

    Peralatan yang disyaki digunakan bagi penyalahgunaan dadah antara bahan bukti yang ditemui semasa serbuan itu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...