Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Program ukur kecekapan latihan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Seramai 28 peserta dari Malaysia telah mengambil bahagian dalam program latihan Mengukur Kecekapan dan Keberkesanan Latihan Menggunakan Teknik Pulangan Pelaburan yang berlangsung secara maya baru-baru ini.

    Program yang dianjurkan Bahagian Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Negara Brunei Darussalam itu telah dirasmikan Pengarah Bahagian Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia dan ahli Lembaga Pengarah SEAMEO VOCTECH, Malaysia, Hajah Zanariah binti Haji Ahmad.

    Dalam ucapan alu-aluan Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH Brunei Darussalam, Awang Alias ​​bin Haji Abu Bakar berkata walaupun menghadapi kesukaran yang diha-dapi disebabkan COVID, pusat itu masih berjaya menawarkan program latihan dalam negara untuk Malaysia.

    “Sepanjang tahun fiskal 2021/2022 ini, pusat akan menawarkan 11 program latihan dalam negara, dengan pengendalian latihan dalam talian yang cekap. Oleh itu, kami mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyusun semula program latihan dalam negara kepada semua negara anggota SEAMEO.

    “Latihan mengenai pulangan pelaburan ini amat tepat pada masanya dalam tempoh panjang di mana ada di antara kita mengalami masalah kewangan, justeru mengutamakan intervensi  yang diperlukan. Apabila sumber  terhad, kami perlu memilih secara strategik program yang menawarkan impak yang lebih tinggi dan menunjukkan kepada pihak berkepentingan bahawa kami telah menjalankan kajian untuk menyokong keputusan itu, atau kami memerhatikan kesan daripada campur tangan sebelum dan pada masa sekarang.

    Hajah Zanariah bersama peserta lain semasa program latihan yang berlangsung secara maya baru-baru ini. – Gambar serahan SEAMEO VOCTECH

    “Tradisi menjalankan kajian impak, seperti mengira pulangan pelaburan harus diterapkan dalam aktiviti tanpa mengira sumber yang terhad,” tambahnya.

    Sementara itu dalam ucapan Hajah Zanariah, beliau berkata pandemik COVID dan akibat beberapa sekatan pergerakan telah menjadi titik perubahan dalam bidang pendidikan di seluruh dunia. Dengan ketidakpastian tentang bila keadaan akan kembali normal, mereka dicabar untuk meneruskan tugas, aktiviti, program, kerja dan rutin harian dalam norma baharu.

    “Ketika kita bergerak ke arah IR 4.0, juga tertanam dalam Latihan Maya atau Pengajaran dan Pembelajaran; kita mesti berusaha untuk memastikan bahawa kita biasa dengan proses teknikal seperti Internet of Things (IoT) atau kemajuan teknologi lain dalam rangkaian yang akan berlaku.

    “Objektif utama mana-mana program latihan adalah untuk mengubah suai kemahiran dan sikap seseorang. Oleh itu, adalah penting untuk mematuhi empat elemen utama dalam kitaran latihan iaitu menganalisis keperluan, mereka bentuk latihan, melaksanakan reka bentuk, menilai prestasi dan mencapai sasaran. Program latihan dan pembangunan menyediakan pelbagai manfaat dalam memastikan guru yang berkelayakan, terlatih secara profesional, bermotivasi, dan disokong dengan baik tersedia untuk semua pelajar.

    “Justeru, program latihan ini merupakan platform terbaik untuk peserta yang kebanyakannya terlibat dalam pengurusan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dari segi membangunkan objektif latihan dengan melihat kos dan pelaburan sesuatu latihan serta mengira pulangan pelaburan latihan ( ROTI) merentas semua institusi TVET,” kata beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...