Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Progresif dukung inisiatif KDS

    Oleh Nurhidayah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Progresif Sdn Bhd (Progresif) terus melaksanakan komitmen dalam menyokong inisiatif Komuniti Dapur Sosial (KDS) yang diungkayahkan di The Kitchen Table, Kiulap.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, inisiatif itu bertujuan menawarkan peluang kepada golongan keluarga yang mempunyai cabaran dari segi sosioekonomi, terutamanya ibu tunggal bagi mempamerkan kemahiran masakan dengan menyediakan dan menjual makanan yang dimasak sendiri di acara atau melalui sumbangan.

    Inisiatif seperti itu dapat mewujudkan peluang keusahawanan baharu, memperkasakan individu untuk memberi kesan positif kepada kehidupan mereka sendiri dan orang lain.

    Tahun ini, dengan bantuan Ketua Pegawai Undang-undang dan Pematuhan Progresif, Awang Abdul Hakeem bin Haji Basir bersama pasukan pengurusan kanan dan kakitangan Progresif telah berjaya membungkus 250 hidangan yang disediakan dan diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan termasuklah pekerja asing di seluruh Negara Brunei Darussalam.

    Operasi dapur pula telah diketuai oleh Ketua Projek I, Dayang Miza Syahmeena binti Mohammad dengan dibantu oleh Ketua Projek II, Hajah Nurul Izzati Khairunnisa binti Haji Embran.

    Antara warga Progresif yang terlibat dalam inisiatif KDS semasa menyediakan makanan bagi mereka yang memerlukan bertempat di The Kitchen Table, Kiulap. – Gambar serahan Progresif
    Awang Abdul Hakeem bersama pasukan pengurusan kanan, dan kakitangan Progresif bergambar ramai dalam menyokong inisiatif KDS yang diadakan di The Kitchen Table, Kiulap.

    Dalam pada itu, Awang Abdul Hakeem menyatakan bahawa sokongan mereka terhadap inisiatif berkenaan selaras dengan nilai teras Progresif dan semangat Ramadan.

    Selain itu, beliau turut menjelaskan tentang kempen dalaman Progresif yang dikenali sebagai Recycle to Donate, yang diadakan pada Februari.

    Kempen itu menyaksikan kakitangan Progresif mengumpul 745kg bahan kitar semula, dengan hasilnya disumbangkan kepada inisiatif KDS.

    Sebagai tanda penghargaan, Progresif turut menyampaikan plak kepada Pengerusi Society for Community Outreach & Training (SCOT), Awang Mohamad Anwar bin Haji Mohammad; dan Pengarah Urusan Kawan Bumi Sdn Bhd, Lim Wee Ann atas bekerjasama dengan Progresif dalam program tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...