Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Projek ABDB: Bilik jenazah di Masjid Sg Teraban siap dibina

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Sempena sambutan jubli intan dan sebahagian daripada projek kemasyarakatannya, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah melaksanakan Projek Titian Amal Pembinaan Bilik Penyempurnaan Jenazah di Masjid Kampung Sungai Teraban, Daerah Belait yang telah siap dibina bagi kegunaan penduduk kampung sekitarnya.

    Sehubungan itu, majlis penyerahan bagi menandakan selesainya projek berkenaan telah diadakan hari ini yang dihadiri oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.

    Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; Pengurus Korporat Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), Haji Jaafar bin Haji Bakar; Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Haszaimi bin Bol Hassan dan pegawai-pegawai kanan ABDB.

    Pada majlis itu, Haji Jaafar terlebih dahulu menyampaikan plak tanda siapnya projek tersebut kepada Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Haszaimi yang kemudian secara rasmi menyerahkan plak tersebut kepada Haji Mohd Serudin sebagai tanda pemilikan penuh kemudahan baharu tersebut.

    Projek tersebut memberi tumpuan kepada pembinaan bilik penyempurnaan jenazah yang berasingan bagi masjid tersebut serta boleh digunakan oleh penduduk.

    Ditaja oleh BSP, projek itu telah bermula pada 23 Mac lalu dan diketuai oleh Skuadron Jurutera Tempur, Batalion Bantu TDDB.

    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah semasa menyampaikan plak tanda penyiapan projek tersebut kepada Haji Jaafar.
    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah, Haji Mohd Serudin dan Haji Jaafar semasa menyaksikan gambar berkaitan pembinaan tersebut.
    Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah, Haji Mohd Serudin dan Haji Jaafar semasa membuat lawatan ke bilik jenazah yang siap dibina. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...