Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Projek pengangkutan $17 bilion, hubungkan Asia ke Eropah

    IRBIL, 28 MEI – Perdana menteri Iraq, kelmarin, mengumumkan rancangan untuk projek pengangkutan serantau bernilai $17 bilion yang bertujuan untuk memudahkan pengaliran barangan dari Asia ke Eropah.

    Pengumuman itu dibuat pada persidangan sehari di Baghdad yang memanggil menteri pengangkutan dan wakil dari Iraq, negara-negara Teluk, Turki, Iran, Syria, dan Jordan.

    Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani berkata projek Jalan Pembangunan yang dirancang akan memudahkan pergerakan barangan dari Teluk ke Eropah melalui Pelabuhan Grand Faw di Basra, di selatan Iraq, yang akan disambungkan ke Turki, kemudian ke Eropah, melalui rangkaian kereta api dan lebuh raya. – AP

    Perdana Menteri Iraq telah mengumumkan rancangan projek tersebut pada persidangan sehari di Baghdad, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...