Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Projek Serambi Saudi diluluskan

    ISTANBUL, 22 MEI –  Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan kelulusan bagi menamakan projek naik taraf Mataf di Masjidil Haram sebagai ‘Serambi Saudi,” lapor agensi Anadolu memetik media tempatan.

    Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, mengumumkan perkara itu pada Ahad, lapor Saudi Gazette. Bangunan ini mempunyai empat tingkat dan mampu menampung 287,000 jemaah dan membolehkan 107,000 orang melakukan tawaf di Kaabah sejam.

    “Pengasas Arab Saudi moden, Raja Abdul Aziz mengarahkan projek naik taraf Masjidil Haram bagi menampung peningkatan jumlah jemaah haji, dan kerja-kerja naik taraf bermula semasa zaman Raja Saud pada 1955,” menurut Saudi Gazette.

    “Serambi Saudi yang mengelilingi Serambi Abbasiyah, menampilkan kawasan lebih luas yang belum pernah dilihat oleh jemaah Masjidil Haram sebelum ini.

    “Ia menyediakan ruang yang lebih luas berdasarkan piawaian kejuruteraan yang berkualiti tinggi dan tepat,” kata Al-Sudais.

    Menurut data rasmi, lebih dua juta jemaah haji akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini. – Bernama

    Penduduk Palestin memeriksa sebuah bangunan rosak selepas serangan tentera Israel di kem pelarian Balata berdekatan bandar Nablus kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...