Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pusat Pompidou meterai perjanjian dengan Arab Saudi

    PARIS, 15 MAC – Pusat Pompidou di Paris telah menandatangani perjanjian untuk membantu membina sebuah muzium seni moden di tapak warisan Al-Ula di Arab Saudi yang didedikasikan kepada artis Arab, kata kenyataannya hari ini.

    Pompidou, muzium seni kontemporari terkemuka di Perancis, juga memberitahu AFP bahawa ia mungkin membuka cawangan di Korea Selatan pada tahun 2025, dengan lebih banyak butiran akan datang tidak lama lagi.

    Perjanjian dengan Arab Saudi ditandatangani pada hujung minggu lalu di hadapan menteri budaya kerajaan, Pangeran Badr bin Abdullah bin Farhan, dan rakan sejawat Perancisnya, Rima Abdul Malak, menurut kenyataan muzium tersebut.

    Muzium baharu itu akan berpangkalan di Al-Ula, tempat tinggal kepada kubur kuno dan monumen di barat laut negara itu, dengan pembukaan dijadualkan pada 2027 atau 2028.

    “Pompidou akan menyediakan kepa-karan saintifik dan teknikal dalam melatih kakitangan, terutamanya dalam pengurusan konservasi, koleksi dan mediasi,” kata kenyataannya.

    Ia juga mungkin memberikan sokongan untuk program dan acara kebudayaan.

    Pompidou akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Diraja Al-Ula, dan mereka mempunyai tiga bulan untuk menyelesaikan butiran kewangan.

    Presiden Pompidou, Laurent Le Bon, yang ketika itu merupakan ketua Muzium Picasso, merupakan sebahagian daripada delegasi Perancis ke kerajaan pada tahun 2019 bersama bekas menteri budaya Franck Riester. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...