Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Rancangan bina pelabuhan baharu di Kudat diteruskan

    KOTA KINABALU, 26 JAN – Kerajaan Sabah akan meneruskan rancangan untuk membina sebuah pelabuhan baharu di Kudat bagi merancakkan ekonomi setempat dan melonjakkan hasil pendapatan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

    Beliau berkata sebelum ini rancangan tersebut tertangguh, namun ia akan diteruskan memandangkan daerah berkenaan berpotensi dibangunkan selain lokasinya yang stategik bagi pembangunan ekonomi berasaskan pelabuhan.

    “Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Sabah (Datuk Hajiji Noor) berhubung dengan perkara itu dan mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan berkenaan.

    “Kita berharap kerajaan Persekutuan bukan sahaja bersetuju namun dapat menyediakan peruntukan untuk melaksanakan projek tersebut,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...