Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Raysha Rizrose kini milik Nabil Jeffri

    Pelakon, Raysha Rizrose, sah menjadi milik usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, 29, apabila selamat disatukan sebagai suami isteri pada majlis ijab kabul yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

    Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dengan hanya sekali lafaz.

    Pada majlis yang diadakan secara tertutup dengan kehadiran 200 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat itu, Rasya atau nama lengkapnya Farza Naquraisha, 26, menerima mas kahwin RM2,222 berserta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.

    Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

    Menawan mengenakan persalinan rona putih rekaan Teh Firdaus dan ditatarias Syed Faizal Syed Noh, pemenang Dewi Remaja 2014/2015 itu bersyukur apabila segala perancangan diatur berjalan lancar.

    Pasangan ini bertunang pada 22 Disember tahun lalu. – Agensi

    “Syukur segala-galanya yang dirancang selama ini dipermudahkan. Saya amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.

    “Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insyaAllah,” katanya yang juga merupakan adik kepada pelakon, Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

    Berkongsi percintaannya dengan suami yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu, Raysha berkata, kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan mereka.

    “Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.

    “Dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Bagaimanapun kami banyak bertolak-ansur, selain kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...