Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Real sedia bertemu Chelsea

    MADRID, 10 APRIL – Real Madrid memandang serius pertemuan kedua dengan Chelsea selepas merehatkan Luka Modric dan Toni Kroos namun masih mampu mengatasi Getafe 2-0 bagi membolehkan mereka memiliki kelebihan 12 mata di puncak La Liga.

    Tandukan Casemiro dan penyudah cantik Lucas Vazquez memastikan kemenangan selesa buat Real, yang akan memberi tumpuan untuk menamatkan tugasan dengan Chelsea dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

    “Permainan seperti ini awda boleh terjerat kerana selepas Liga Juara-Juara, awda akan berdepan masalah kekurangan fizikal dan mental namun mereka berjaya memberi tindak balas dengan baik,” kata pengurus Real, Carlo Ancelotti.

    Sementara itu, Atletico Madrid akan berdepan Manchester City di Wanda Metropolitano Khamis ini namun mereka masih dihimpit dengan kekalahan selepas tumpas 0-1 kepada Mallorca.

    Atletico tewas 0-1 kepada City dalam perlawanan pusingan pertama di Manchester minggu lalu.

    Karim Benzema, yang meledak hatrik ketika Real Madrid menang 3-1 ke atas Chelsea, disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang Getafe namun dia dikeluarkan pada minit ke-74 sekali gus mendapat penghormatan dari seluruh penyokong di Santiago Bernabeu disebabkan aksi cemerlang ketika di Stamford Bridge.

    Gareth Bale masuk untuk membuat penampilan kedua di La Liga sejak Ogos dan kali pertama di Bernabeu sejak Februari 2020.

    Real sudah melalui 20 perlawanan tanpa pemain antarabangsa Wales itu, yang diejek oleh sebilangan penonton.

    Kesilapan terbaharu Bale dengan peminat Real adalah bermain dan menjaringkan gol untuk Wales pada penghujung bulan lalu, empat hari selepas dia menarik diri daripada aksi Clasico yang menyebabkan mereka kalah kepada Barcelona. – AFP

    Aksi Lucas Vazquez mengawal bola semasa perlawanan di antara Real Madrid dan Gestafe di stadium Santiago Bernabeu di Madridon pada 9 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...