Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Remaja keliling dunia secara solo

    BRUSSELS – Elak taufan di Filipina. Check (sudah disemak).

    Jauhi kebakaran hutan California yang besar. Check.
    Jauhi daripada ujian peluru berpandu di Korea Utara. Apa? Tunggu.

    Ketika juruterbang remaja Zara Rutherford melakukan penerbangan dalam pengembaraan global mencabar rekod, dia bertemu beberapa perkara yang pelik atau menakutkan seperti ketika dia cuba menyelinap di antara ruang udara Korea Utara dan awan besar yang mengancam memutuskan laluan untuk pesawat ringannya.

    “Memang benar, mereka menguji peluru berpandu sekali-skala tanpa amaran,” kata Rutherford. Lebih penting lagi, hanya 15 minit dari terbang melintasi salah satu tempat terakhir yang patut dimasuki tanpa diundang.

    Oleh itu, dia menghubungi pasukan kawalannya untuk bertanya sama ada dia boleh mengambil jalan keluar dari kawasan Korea Utara untuk sampai ke Seoul.

    Gambar menunjukkan Zara Rutherford semasa kecil (kiri, belakang) sebagai penumpang dalam penerbangan yang dipandu oleh bapanya Sam Rutherford. – AP
    Kelihatan Zara Rutherford berlepas di dalam pesawat ultralight Shark miliknya. – AP
    Zara Rutherford melambai dari pesawat ultralight Sharknya sebelum berlepas di lapangan terbang Kortrijk-Wevelgem di Wevelgem, Belgium. – AP
    Zara Rutherford bergambar bersama kanak-kanak tempatan ketika tiba di Greenland. – AP

    “Seterusnya mereka berkata: ‘Apa sahaja yang awda lakukan, jangan pergi ke ruang udara Korea Utara!’” Mujurlah awan memberi kerjasama dan dia tidak perlu meneruskan kursus kilat dalam geopolitik gunaan.

    Pada usia 19 tahun, dia mendaratkan pesawat sport Shark satu tempat duduk di Kortrijk, Belgium, baru-baru ini, lebih 150 hari selepas menjadi wanita termuda mengelilingi dunia secara solo. Sebelumnya, juruterbang Amerika Shaesta Waiz menempah nama ketika berusia 30 tahun.

    Membuat penerbangan sudah sebati dalam darahnya kerana kedua ibu bapanya adalah juruterbang dan dia telah mengembara dengan pesawat kecil sejak dia berusia 6 tahun. Pada usia 14 tahun, dia mula terbang sendiri dan kira-kira 130 jam penerbangan solo menyediakannya untuk percubaan rekod, yang dia harap akan turut mempunyai makna yang lebih besar.

    Dengan pendaratan terakhir dalam pesawat yang kelihatan seperti lalat di kalangan kapal terbang gergasi yang diletakkan di lapangan terbang seperti JFK New York, remaja Belgium-British itu mahu menyemai semangat penerbangan kepada wanita dan gadis muda di seluruh dunia dan semangat untuk belajar sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi.

    Dua statistik matematik yang menunjukkan hanya lima peratus juruterbang komersial dan 15 peratus saintis komputer adalah wanita.

    “Jurang jantina adalah besar,” katanya.

    Namun sebaik sahaja kanopi ditutup di atas kokpitnya dan penerbangan enam hingga lapan jam lagi bermula, pemikiran yang tinggi tentang jangkauan global surut apabila dia menumpukan perhatian kepada seorang individu yang kesepian iaitu dirinya sendiri.

    Menggunakan Peraturan Penerbangan Visual, pada asasnya berlaku pada penglihatan sahaja, bahaya mengintai lebih dekat ketika dia boleh menggunakan peralatan navigasi yang mewah untuk membawanya melalui ketika malam, berawan atau berkabus.

    Melintasi utara California dari Palo Alto menuju Seattle, dia menuju ke kebakaran hutan besar yang memusnahkan kawasan itu. Semakin tinggi dia naik ke udara sehingga 10,000 kaki untuk mengelak asap semakin sukar untuk memerhatikan tanah.

    “Asap itu semakin meningkat dan naik, sehingga seluruh kabin berbau asap dan saya tidak dapat melihat apa-apa selain warna jingga yang menyala,” kata Rutherford. Dia terpaksa membatalkan laluannya dan membuat pendaratan tidak berjadual di Redding, California.

    Di Siberia, cahaya itu memperdayakan penglihatannya, kadangkala menimbulkan keraguan sama ada dia melihat gunung atau awan.

    “Dan bagi saya awan adalah masalah yang sangat besar. Terutama di Rusia,” dengan kesejukan yang melampau. Melawan arus awan, terlalu banyak ais mungkin terkumpul di sayapnya, melumpuhkan kawalan.

    “Pada ketika itu pesawat awda bukan lagi pesawat,” katanya.

    Itu, atau apa-apa kemalangan lain, boleh berlaku di bahagian laluan di mana dia pernah melihat hanya satu kampung dalam enam jam.

    “Saya sedar jika berlaku sesuatu kesalahan, saya berada berjam-jam untuk menyelamatkan diri dan suhu -35 C di atas tanah. Jadi saya fikir, sebenarnya, saya tidak tahu berapa lama saya boleh bertahan -35,” kata Rutherford. Dia tidak perlu mengetahuinya.

    Projek itu mungkin cukup sukar pada masa biasa, tetapi wabak itu menambah komplikasi lain yang secara tidak langsung membawa kepada pengembaraan ke Korea Utara.

    Rancangan alternatif untuk pergi ke China menuju Seoul telah dibatalkan apabila orang China menolak kebenaran berikutan COVID-19, kata Rutherford, “sedikit mengecewakan kerana saya berada di dalam pesawat pada ketinggian 6,000 kaki. Saya akan merasa kagum jika saya boleh menularkan COVID-19 seperti ini.”

    Secara keseluruhan, cuaca buruk, masalah tayar pancit dan visa menambah dua bulan lagi kepada projek tiga bulan yang dirancang. The Associated Press bercakap dengan Rutherford melalui telefon di Crete, Greece, dan walaupun di sana, cuaca di Balkan sangat buruk sehingga melengahkannya selama beberapa hari.

    Perkara yang memberinya masa untuk merenungkan perubahan nasib.

    “Apabila awda takut untuk hidup awda, ia meletakkan perkara ke dalam perspektif sedikit lagi,” katanya. “Maksud saya, awan boleh membunuh saya.”

    Di negara yang kaya, “kita membesar dalam dunia dengan jumlah jaring keselamatan yang besar,” katanya.

    “Sebenarnya terbang melintasi Alaska, Rusia atau Greenland, ketika itulah awda menyedari sebenarnya tiada jaring keselamatan. Seperti, ini benar-benar hanya saya. Tiada sesiapa di sini untuk membantu saya jika ada apa-apa yang berlaku.”

    Walau bagaimanapun, dunia yang lebih luas, yang kini telah menjadi ‘planet kecil ini’ baginya, ternyata bertahan lebih daripada ketakutan.

    Dia bercakap membayangkan tentang padang pasir Arab Saudi dengan warna pasir dan batu yang berubah-ubah, Alaska utara yang ketandusan, Taman Apple bulat besar di Cupertino, California, atau pemandangan rumah paling sunyi di dunia di pulau terpencil Ellioaey di Iceland. Dan dia juga menghargai beberapa keseronokan yang lebih mudah.

    “Sebelum ini, ia adalah mengenai pengembaraan yang hebat,” katanya.

    “Tetapi sebenarnya saya fikir, awda tahu, menonton TV bersama kucing awda mempunyai perkara yang istimewa juga. Ia juga sangat unik.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...