Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Mualaf diseru amalkan munajat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan kerjasama unit dakwah daerah-daerah telah meneruskan lagi Munajat Bersama Mualaf yang berlangsung secara maya, semalam.
    Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), majlis kali ini merupakan minggu yang terakhir setelah tiga bulan pelaksanaannya.

    Hadir selaku tetamu khas pada acara tersebut ialah Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Ali Hassan bin Mohd Said.

    Turut hadir ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman. Dalam ucapannya, Haji Ahmad Abdussalam menasihatkan agar para mualaf akan sentiasa istiqamah untuk bermunajat kerana dengan bermunajat dapat mendidik hati untuk sentiasa bertakwa kepada Allah SWT. Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, seterusnya bacaan Surah Yasin beramai-ramai, Doa Memohon Terhindar daripada COVID-19 serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Kenyataan menyatakan, majlis bertujuan untuk menanam sikap tanggungjawab khususnya dalam kalangan mualaf untuk sama-sama mengungkayahkan acara-acara keagamaan dan perkara-perkara yang berkebajikan.

    Di samping itu, acara berkenaan juga dapat melibatkan para mualaf dalam sama-sama menanai hasrat kerajaan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir, serta salah satu usaha PDI dalam terus membimbing para mualaf.

    Antara yang menghadiri Majlis Munajat bersama Mualaf secara maya melalui Zoom yang menggalakkan mualaf untuk bermunajat. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...