Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Rybakina juara Wimbledon wanita

    LONDON, 10 JULAI – Pemain kelahiran Rusia, Elena Rybakina bangkit daripada ketinggalan menentang Ons Jabeur untuk memenangi gelaran Wimbledon kelmarin sekali gus menafikan peluang pemain nombor dua dunia Tunisia itu untuk mencipta sejarah tenis Afrika.

    Jabeur beraksi cemerlang di awal perlawanan tetapi pilihan ke-17 itu berjaya mendapatkan rentaknya semula meskipun kehilangan empat perlawanan selepas set pertama dalam perjalanannya mencipta kemenangan 3-6, 6-2, 6-2.

    Sebelum ini, pemain dari Rusia dan Belarus telah diharamkan daripada menyertai kejohanan Wimbledon tahun ini berikutan pencerobohan Ukraine. Walau bagaimanapun, Rybakina yang kelahiran Moscow telah dibenarkan untuk bermain kerana dia telah menukar kerakyatannya kepada kerakyatan Kazakhstan pada 2018.

    Pemain berusia 23 tahun yang sebelum ini tidak pernah mara ke suku akhir Grand Slam itu berkata bahawa dia sangat gementar sebelum dan semasa perlawanan yang dilangsungkan di Centre Court kelmarin.

    “Saya tidak sangka untuk mara hingga ke minggu kedua Grand Slam di Wimbledon,” katanya. “Untuk dinobatkan sebagai juara adalah perasaan yang sangat menakjubkan. Saya tidak mempunyai kata-kata untuk meluahkan rasa gembira ini,” tambahnya.

    Jabeur, 27, memulakan perlawanan dengan bergaya apabila dia menghasilkan beberapa pukulan dropshot dan passing shots yang berjaya dan memberi impak hebat terhadap rentak permainan Rybakina.

    Pemain Tunisia itu kemudiannya tewas dalam permainan ketiga perlawanan apabila pemain Kazakhstan, Rybakina melakukan pukulan jauh dengan penyudah pukulan kilas untuk mengakhiri perlawanan. – AFP

    Reaksi Rybakina bergambar bersama trofi selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan wanita pada Kejohanan Tenis Wimbledon di London, Britain kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...