Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Sabah rekod kes jangkitan tibi tertinggi 2023

    KUALA LUMPUR, 18 MAC – Sabah merekodkan kes tertinggi jangkitan tuberkulosis atau tibi bagi 2023 dengan 5,814 kes diikuti Selangor 5,631 kes dan Sarawak 3,177 kes, Dewan Negara diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata sebanyak 22,680 kes iaitu 84.7 peratus merupakan jangkitan dalam kalangan warganegara, manakala 4,101 kes iaitu 15.3 peratus dalam kalangan bukan warganegara.

    Beliau berkata, kementerian ketika ini sedang melaksanakan perolehan sebuah unit mesin Ultra Portable X-ray bagi membantu mengesan penyakit tibi di lapangan atau di luar fasiliti kesihatan terutamanya di kawasan pedalaman atau yang mempunyai masalah logistik untuk ke fasiliti kesihatan.

    “Selain itu, bermula 2014, Kementerian Kesihatan (KKM) juga sudah meningkatkan secara berfasa kapasiti diagnosis penyakit Jangkitan TB Laten (LTBI) dan drug resistance tuberculosis dengan teknologi terkini yang lebih tepat dan cepat.

    “Sehingga 2023, sebanyak 62 unit ujian pantas molekular telah ditempatkan di seluruh negara bagi pengesanan awal penyakit tibi dan drug resistant tuberculosis,”
    katanya pada sesi soal jawab lisan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...