Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Indonesia ambil alih jawatan pengerusi BEBC

    KUCHING, 18 MAC – Indonesia mengambil alih jawatan pengerusi Majlis Perniagaan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) susulan berakhirnya penggal pengerusian bagi Brunei.

    BEBC dalam satu kenyataan hari ini berkata majlis penyerahan itu diadakan pada akhir mesyuarat perancangan strategik BIMP-EAGA di sini baru-baru ini, yang mana pengerusi penggal lepas, Pengiran Haris Pengiran Duraman menyerahkan tugasnya kepada pengarah BEBC Indonesia, Dr Sayid Irwan.

    Dalam ucapan sulungnya sebagai pengerusi baharu, Dr Sayid Irwan mengulangi komitmennya untuk memperjuangkan usaha BEBC ke arah BIMP-EAGA yang lebih maju dan saling berhubungan antara satu sama lain.

    Sementara itu, Pengerusi BEBC Malaysia, Nobel Pang, mengucapkan tahniah kepada pengerusi baharu itu dan berharap majlis yang diadakan tersebut akan dapat mengukuhkan lagi kesatuan ahli dan kemajuan dalam kerjasama serantau.

    Mengikut tradisi, jawatan pengerusi BEBC itu diberi penggiliran setiap tiga tahun dalam kalangan empat negara anggota. Malaysia kini merupakan naib pengerusi dan akan menerajui pertubuhan itu pada 2027, apabila penggal pengerusian Indonesia berakhir.

    Selain Pang, BEBC Malaysia diwakili dua pengarah lain iaitu Azhar Othman dan Datuk Susan Chang. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...