Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Seni porselin yang makin lenyap

    HONG KONG – Sebaik sahaja melangkah masuk ke Yuet Tung China Works, kilang porselin lukisan tangan terakhir yang masih beroperasi di Hong Kong, awda akan mendapati diri awda dikelilingi timbunan pinggan mangkuk meja, setiap satunya dihiasi dengan corak bunga, buah-buahan dan haiwan yang dilukis tangan.

    Joseph Tso, pemilik kilang generasi ketiga, dan sekumpulan pekerja adalah antara beberapa orang di Hong Kong yang telah menguasai teknik tradisional lukisan ‘guangcai,’ atau porselin dalam bahasa Kantonis.

    Ia merupakan seni yang semakin lenyap di metropolis moden ini, memandangkan tidak ramai orang terutamanya golongan belia yang rela meluangkan masa dan usaha untuk menguasai seni pertukangan atau bekerja sepenuh masa di kilang berkenaan.

    “Persekitaran perniagaan di Hong Kong tidak sesuai untuk industri intensif pekerja,” menurut Tso. “Industri kraf tangan tradisional Hong Kong semakin merosot. Ia akan lenyap akhirnya.”

    Guangcai, yang berasal dari bandar berhampiran China di Guangzhou, mempunyai ciri-ciri teknik glis di mana pelukis melakar satu corak pada porselin putih dan seterusnya mengisinya dengan warna menggunakan berus nipis sebelum membakarnya dalam tanur bata.

    Seorang pekerja bekerja di Yuet Tung China Works, kilang porselin lukisan tangan terakhir di

    Porselin kelihatan di Yuet Tung China Works di Hong Kong. – AP
    Label yang dicetak di bahagian bawah porselin di Yuet Tung China Works, Hong Kong. Ia merupakan kepingan proselin yang dilukis tangan . – AP

    Datuk Tso menubuhkan kilang itu di Bandar Kowloon, Hong Kong pada tahun 1928. Ia menjadi terkenal pada tahun-tahun berikutnya, amat popular dengan seni ketukangannya yang halus dan pinggan mangkuk yang ditempah khas.

    Kilang itu terkenal dengan porselin bunga ros Kantonis yang dilukis dengan sejenis pigmen bergelar ‘xihong’, yang bermakna ‘merah Barat.’ Bahan ramuannya termasuk oksida plumbum, kuarza dan emas urai.

    “Sektor eksport Hong Kong berkembang pesat dari 1960 hingga 1980, dan banyak gedung membeli-belah terkenal datang untuk membeli produk kami,” ujar Tso. “Firma perniagaan asing akan membawa kepada kami perniagaan dari gedung membeli-belah Amerika Syarikat.”

    Kadangkala kilang itu melukis susur galur keluarga pada pinggan mangkuk untuk pelanggan asing.

    Chris Patten, gabenor British terakhir Hong Kong sebelum bandar itu dikembalikan kepada China pada 1997, melawat Yuet Tung China Works untuk membeli beberapa produk porselin sebelum pulang ke Britain.

    Kilang itu membentuk sejarah penting Hong Kong, menurut Yim Wai-wai, presiden Persatuan Penyelidikan Seramik Hong Kong.

    “Kilang porselin bernafas pada kadar yang sama dengan pembangunan bandar Hong Kong,” kata Yim. “Sekiranya ia lenyap, ia akan menjadi satu kehilangan yang tidak terhingga. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...