Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Sertai qiamullail di Jame’ 29 April ini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Bagi meraih ganjaran pahala pada 10 malam terakhir bulan Ramadan ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengajak orang ramai untuk mempertingkatkan amalan ibadah dengan menyertai qiamullail di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada 29 April mulai jam 2:30 pagi.

    Acara utama Qiamullail Ramadan ialah sembahyang Sunat Tasbih berjemaah dan Doa Munajat.

    Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai dengan membawa bersama keluarga manakala kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah tidak dibenarkan hadir.

    Buku ‘Panduan Melaksanakan Qiamullail’ akan diberikan secara percuma kepada jemaah yang hadir bersama jamuan sahur (makanan bungkus) juga disediakan.

    Dalam sama-sama mengawal dan membendung penularan wabak COVID di negara ini, para hadirin hendaklah mematuhi garis panduan hadir ke masjid, iaitu mendaftar masuk menggunakan aplikasi BruHealth dan mendapat kelulusan kod hijau atau kuning, digalakkan berwuduk sebelum ke masjid, memakai pelitup muka, membawa tikar sembahyang bersaiz besar, tidak bersalam-salaman dan mengamalkan penjarakan fizikal.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...