Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Seville cipta kejutan

    WASHINGTON, 4 OGOS – Pemain Australia, Daria Saville mencipta kejutan apabila menewaskan juara bertahan Jessica Pegula 7-5, 6-4 di Terbuka ATP dan WTA Washington semalam manakala Hubert Hurkacz dan Simona Halep turut tersingkir.

    Pemain nombor 88 dunia, Seville mengatasi cabaran pilihan utama Amerika Syarikat (AS) yang menduduki ranking ketujuh dunia itu dalam cuaca panas manakala pilihan ketiga dari Romania, Simona menarik diri ketika ketinggalan 7-5, 2-0 menentang Anna Kalinskaya akibat masalah kesihatan.

    “Saya kekal fokus,” kata Seville. “Saya menguruskan tenaga saya dengan sangat baik. Cuaca sangat panas tetapi saya mampu menyesuaikan diri.”

    Pilihan kedua dari Poland, Hurkacz tersingkir di pusingan kedua kejohanan pemanas badan menjelang Terbuka AS itu apabila tewas kepada pemain Finland, Emil Ruusuvuori 6-4, 7-6 (7/3).

    Sementara itu, pemenang kedua Wimbledon, Nick Kyrgios dari Australia menewaskan pemain pilihan ke-14 AS Tommy Paul 6-3, 6-4 untuk menempah pusingan ketiga dengan pemain pilihan keempat AS Reilly Opelka.

    Aksi Daria Seville semasa beraksi menentang Jessica Pegula dari AS pada kejohanan tenis Terbuka Citi di Pusat Tenis Rock Creek di Washington pada 3 Ogos. – AFP

    Seville menempah aksi suku akhir menentang pemain dari Kanada, Rebecca Marino yang menewaskan pemain Jerman, Andrea Petkovic 6-3, 3-6, 6-1.

    Pemain berusia 28 tahun itu hanya memenangi gelaran WTA di Terbuka Connecticut 2017 tetapi menyingkirkan Jessica dalam tempoh masa 98 minit untuk kemenangan keduanya ke atas pemain kelompok 10 teratas pada tahun ini selepas menewaskan Ons Jabeur di Indian Wells Mac lalu.

    “Sikap semua pemain adalah saya berada di sini untuk memenangi kejohanan dan saya juga tidak berbeza,” kata Seville. “Saya bermain tenis amat baik sekarang.”

    Seville merosot ke tangga ke-627 dalam rangking dunia selepas pembedahan tendon Achilles yang mengetepikannya hampir sepanjang tahun lalu.

    Kini dia melayakkan diri dalam suku akhir ketiga pada tahun ini selepas Miami dan Guadalajara. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...