Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Sijil Deposit 36 bulan dilancar awal April

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Sebagai respons kepada permintaan pengguna untuk produk deposit dengan hasil yang lebih tinggi, Bank Baiduri akan melancarkan Sijil Deposit 36 bulan pada awal April ini.

    Pelanggan akan memperoleh 3 peratus setahun daripada Sijil Deposit yang dijamin modal dalam denominasi ringgit Brunei, dengan prinsipal dan faedah terkumpul dibayar apabila matang pada April 2027.

    Sijil Deposit sesuai untuk pelanggan yang menjangkakan penurunan kadar faedah dalam kewangan pasaran pada tahun-tahun akan datang.

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna, Manuel Bulens, berkata, “Kami memahami kepentingan mengembangkan kekayaan awda dengan mantap dan selamat. Sama ada mereka merancang untuk bersara atau hanya ingin membina simpanan wang, pelanggan boleh mengunci simpanan mereka pada kadar yang lebih tinggi daripada simpanan biasa dan deposit tetap.”

    Tawaran akan tamat pada pertengahan April atau selepas langganan penuh.

    Untuk terma dan syarat penuh promosi, atau bagi maklumat lanjut tentang produk dan tawaran lain, pelanggan boleh melayari laman web bank atau mengikuti akaun media sosial mereka.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...