Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    12.1 tan sampah dasar laut berjaya dikutip

    SEMPORNA, 26 MAC – Projek pembersihan dasar laut iaitu Jetama Underwater Cleanup 2024 telah mengumpul 12.1 tan sisa dasar laut di tiga lokasi di Sabah termasuk di Pulau Mabul di sini, diiktraf sebagai lokasi menyelam terbaik di dunia.

    Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd., Ahmad Naim Uddang, berkata program pembersihan dasar laut selama empat hari berakhir hari ini diterajui syarikat itu dan turut membersihkan dasar laut di Kampung Serusup di Tuaran dan Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu.

    “Kira-kira 60 penyelam, penduduk kampung, dan agensi kerajaan serta swasta termasuk operator aktiviti penyelaman tempatan mengambil bahagian dalam program pembersihan yang julung kali diadakan.

    “Mereka berkata semua bahan plastik berakhir di lautan…oleh itu matlamat awal kami adalah untuk mengutip 10 tan sisa buangan plastik selaras dengan sasaran plastik sifar bersih. Berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami mencapai angka positif dengan melebihi jumlah sasaran,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

    Sementara itu  Ahmad Naim berkata, Jetama sebuah syarikat konsesi air untuk Pantai Barat Sabah akan menganjurkan program tersebut sebagai acara tahunan untuk membantu meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat Sabah. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...