Wednesday, November 13, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sila pantau dan lakukan penyelenggaran segera

    Sebelum ini saya pernah mengajukan surat pembaca mengenai kerosakan jalan penghubung Kampung Masin menuju ke Kampung Parit dan Kampung Batong iaitu di sekitar Simpang 754-43-48.

    Namun kali ini, saya membangkitkan semula permasalahan kerosakan jalan kecil Kampung Parit-Masin yang sudah sekian lama saya meminta pertolongan pihak relevan, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas mahu pun tindakan yang dilakukan untuk membaik pulih seperti yang dimaklumkan kepada saya.

    Saya juga dimaklumkan jalan berkenaan akan dinaik taraf menjadi jalan laluan industri dengan pembinaan jalan yang lebih kukuh dan kekal, namun hingga sekarang tidak ada apa-apa kemajuan dapat dilihat malah inisiatif lain seperti menurapnya dengan batu bagi mengelakkan jalan tersebut semakin teruk juga tidak dilakukan.

    Saya yang menetap di sekitar sana turut merasa terkesan ketika melalui jalan tersebut apatah lagi bagi penduduk setempat yang terpaksa melaluinya sebagai laluan harian.

    Setentunya kami penduduk di sekitar kawasan itu mengharapkan bantuan pihak relevan untuk memberi keselesaan orang awam apatah lagi jalan itu menjadi semakin teruk disebabkan lori berkapasiti berat turut menggunakan laluan tersebut.

    Dipohonkan pihak relevan membuat rondaan ke kawasan yang dinyatakan pada waktu selepas hujan agar dapat mengalami sendiri keadaan jalan yang teruk.

    Sekali lagi saya memohon ehsan bagi membaik pulih jalan yang dilaporkan dan melaksanakan penyelenggaran kawasan itu secepat mungkin.

    Penduduk Sekitar

    Keadaan jalan yang dimaksudkan oleh penulis. – Gambar serahan penulis
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda