Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Status Djokovic masih timbul tanda tanya

    SYDNEY, 30 DIS – Novak Djokovic mungkin masih akan beraksi di Terbuka Australia, kata rakan sepasukan Serbia hari ini, meskipun keputusan pemain nombor satu dunia pada saat-saat terakhir untuk menarik diri daripada Piala ATP di Sydney.

    Juara Grand Slam 20 kali itu menarik diri daripada acara pasukan minggu ini sebelum kejohanan bermula pada Sabtu, sekali gus menambah keraguan mengenai sama ada dia akan mempertahankan gelaran Terbuka Australia.

    Djokovic enggan mengesahkan sama ada dia telah menerima suntikan vaksin COVID-19, dengan semua peserta di Grand Slam perlu divaksin atau mempunyai pengecualian kesihatan. Dusan Lajovic, yang akan mengetuai kempen Piala ATP untuk Serbia tanpa kehadiran Djokovic, berkata rakan sepasukannya mahu berada di Sydney.

    “Malangnya, dia tidak dapat datang ke sini, namun, awda tahu, saya berharap dia akan berada di sini tetapi dia telah menarik diri dan kami perlu menerimanya,” katanya.

    “Saya tidak tahu sebabnya. Mungkin ATP tahu. Dia hanya berkata dia tidak akan mengambil bahagian dalam ATP dan berusaha untuk menyertai Terbuka Australia.”

    Ketika ditanya mengenai sama ada Djokovic akan berada di Melbourne Park, Lajovic berkata: “Dia berkata ‘Saya tidak akan datang ke Piala ATP. Kami akan melihat mengenai Terbuka Australia.

    “Dia tidak menyatakan sama ada dia akan datang atau tidak tetapi dia sedang menunggu satu keputusan.”

    Masih tidak jelas apa keputusan tersebut tetapi jika dia mahu memohon untuk pengecualian perubatan, ia akan dinilai oleh panel pakar bebas dan bersifat rahsia.

    Bagaimanapun, pegawai kerajaan di negeri Victoria, yang menganjur Terbuka Australia, bertekad hanya pemain yang divaksin yang boleh menyertai kejohanan yang berlangsung dari 17-30 Januari. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Novak Djokovic selepas menewaskan Marin Cilic dari Croatia dalam perlawanan Piala Davis di Arena Madrid di Madrid, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...