Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sule belum rela tamat zaman duda

    Pelawak Sule belum bersedia untuk menamatkan zaman duda selepas bercerai dengan Nathalie Holscher pada Ogos tahun lalu.

    Kompas melaporkan Sule sebaliknya mahu memberi fokus kepada keluarga termasuk persiapan perkahwinan anak lelakinya, penyanyi Rizky Febian dan Mahalini.

    “Dua perkahwinan saya gagal sebelum ini dan masih belum bersedia menamatkan zaman duda. Buat masa sekarang, anak-anak dan keluarga menjadi fokus utama saya.

    “Biarlah Iky (panggilan buat Rizky) dan Mahalini berkahwin terlebih dahulu dan sekarang pun sibuk menguruskan majlis mereka,” katanya.

    Pada 7 Mei lalu, pasangan itu mengikat tali pertunangan selepas menjalinkan hubungan cinta selama setahun.

    Sule mahu beri fokus pada anak-anak. – Agensi

    Dalam pada itu, Sule mendoakan kebahagiaan buat anak lelakinya itu dan berharap rumah tangga yang dibina berkekalan dan tidak mengikut jejak langkahnya.

    “Kita sama-sama doa dan sokong keputusan mereka. Apa yang buat Iky bahagia, teruskan saja.

    “Kalau dia sudah bersedia untuk bernikah, silakan. Jangan sampai jadi seperti ayahnya ini,” ujarnya.

    Untuk rekod, sebelum ini Sule pernah mendirikan rumah tangga dengan Lina Jubaedah pada 1997 namun pasangan itu disahkan bercerai pada 2018. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...