Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Taikun hartanah mewah dihukum penjara

    HANOI, 28 MAC – Seorang taikun hartanah mewah Vietnam telah dikenakan hukuman penjara lapan tahun, menurut media kerajaan kelmarin, selepas dituduh menipu beribu-
    ribu pelabur dalam bon bernilai AS$355 juta.

    Ia merupakan kes terbaharu dalam siasatan anti-rasuah yang menyasarkan pemimpin perniagaan terkemuka yang menggemparkan negara komunis itu.

    Lebih 4,000 orang, termasuk pegawai dan tokoh perniagaan utama, telah didakwa dalam hampir 2,000 kes sejak 2021.

    Mahkamah Rakyat Hanoi menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas Do Anh Dung, ketua kumpulan Tan Hoang Minh yang mengkhusus dalam pejabat dan pangsapuri mewah, atas tuduhan penipuan, menurut laman berita Tuoi Tre.

    Anak lelaki Dung, Do Hoang Viet, turut dihukum penjara tiga tahun, manakala 13 defendan lain dikenakan hukuman penjara sehingga dua setengah tahun.

    Dung dan defendan yang lain dituduh memperoleh secara haram AS$355 juta melalui penjualan bon kepada 6,630 pelabur.

    “Juri menilai jenayah defendan berkenaan adalah sangat serius dan secara langsung melanggar hak pemilikan harta orang lain,” menurut laporan Tuoi Tre. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...