Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Tanam pokok di lokasi salah punca pemanasan global

    PARIS, 26 MAC – Penanaman pokok di lokasi yang tidak sesuai boleh menyumbang kepada pemanasan global, menurut kenyataan saintis hari ini.

    Walau bagaimanapun, peta baharu telah dikenal pasti untuk menentukan lokasi terbaik bagi pertumbuhan semula hutan sekali gus menyejukkan planet.

    Pokok-pokok menyerap karbon dioksida dan memulihkan kawasan hutan yang rosak atau menanam anak pokok untuk meningkatkan liputan hutan merupakan salah satu cara dalam memerangi perubahan iklim.

    Namun, dalam beberapa kes, lebih banyak pokok bermakna kurang cahaya matahari yang dipantulkan kembali dari permukaan bumi dan lebih banyak haba yang diserap oleh planet, menurut kajian dalam jurnal Nature Communications.

    “Terdapat beberapa tempat di mana penanaman semula pokok membawa kepada hasil negatif terhadap iklim,” kata Susan Cook-Patton, salah seorang penulis bersama kajian tersebut, kepada AFP.

    Para saintis telah memahami bahawa pemulihan liputan pokok membawa kepada perubahan dalam albedo – jumlah sinaran suria yang dipantul semula dari permukaan planet – tetapi tidak mempunyai alat untuk menjelaskannya, katanya.

    Dengan menggunakan peta baharu, para penyelidik dapat mempertimbangkan, buat kali pertama, kesan penyejukan dari pokok dan pemanasan berpunca daripada penurunan albedo.

    Mereka mendapati bahawa projek yang tidak mengambil kira albedo telah membuat anggaran berlebihan manfaat iklim pokok tambahan antara 20 hingga 80 peratus.

    Namun, peta tersebut juga menyediakan alat untuk membantu pembuat dasar mengenal pasti di mana sumber yang terhad harus disalurkan untuk kesan iklim yang maksimum, kata Cook-Patton, saintis pemulihan hutan kanan di The Nature Conservancy. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...