Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tempoh kempen 14 hari sesuai untuk Sarawak

    KUCHING, 20 OKT – Tempoh berkempen selama 14 hari bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah sesuai dan mencukupi bagi Negeri Sarawak, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

    Beliau berkata tempoh itu akan memberi peluang kepada calon untuk bertemu pengundi terutamanya yang berada di kawasan pedalaman negeri ini. Selain itu tempoh itu juga akan memberi masa berpatutan buat pengundi pulang ke kawasan mereka.

    “Buat GPS, tarikh ditetapkan adalah sesuai dan mencukupi kerana dari sudut luar bandar bagi Negeri Sarawak yang kawasannya luas dan perhubungan kita juga agak sukar.

    “Tempoh itu juga akan memberi ruang buat pengundi di luar kawasan untuk pulang dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi,” katanya menerusi satu video yang dikongsikan, hari ini.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15. Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

    Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November sehingga pukul 11:59 malam pada 18 November. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...